Hubungan Antar Etnik Di Negeri Jiran
SETELAH mendengar dan membaca ucapan Datuk Tan Lian Hoe yang menyalahkan wartawan (Utusan Malaysia terutamanya) dan orang lain kerana memutar-balik pernyataannya sebelum ini, saya terus terpanggil untuk terus menulis. Apa lagi isu pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30% (Dasar Ekonomi Baru) masih belum reda, karena berkali-kali diangkat oleh MCA, DAP dan Gerakan untuk dihapuskan.
Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga partai politik Cina ini. Mereka mau negara kita meniru atau mencontoh trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.
MCA, DAP dan Gerakan menginginkan negara kita turut memecah tembok keetnisan ini dengan melantik bukan Melayu sebagai kepala negara atau ketua perusahaan-perusahaan milik kerajaan federal (GLC) ataupun kerajaan negeri.
Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang seperti ini, cuma saya belum melihat respon perusahaan-perusahaan yang dijalankan oleh bukan Melayu untuk membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu. Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu saja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan jasa. Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan waktu untuk bersembahyang dan solat Jumaat.
Permainan politik ini mengingatkan saya kepada kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock yang mengemukakan pandangannya terhadap seorang pemimpin Melayu seperti yang dikatakan oleh teman seangkatannya, Thio Chan Bee. Chan Bee dalam artikel bertajuk The Foundation of Racial Harmony, mencatat pembicaraan Cheng Lock dengan seorang pemimpin Melayu ketika MCA hendak didirikan.
“Orang Cina sudah mempunyai kekuasaan ekonomi, sedangkan orang Melayu mempunyai kekuasaan politik. Jika orang Cina menolong orang Melayu membantu meningkatkan status ekonominya, sudah pasti orang Melayu akan berkongsi kekuasaan politik dengan orang Cina.
Jika orang Cina mahu memberikan kerjasama dengan orang Melayu, orang Melayu pasti menerima dengan gembira kerjasama itu. Sebaliknya, jika orang Cina bertekad untuk menentang orang Melayu, sudah tentu secara spontan orang Melayu akan membalas tindakan tersebut”.
Mendengar kata-kata itu saja, Cheng Lock merasa gembira dan mengumumkan pendirian MCA dengan tujuan utama untuk mendorong dan mempertahankan hubungan harmoni antara etnis di Malaya. Dasar hubungan kerjasama telah disepakati (Bulletin MCA, The Guardian. Vol 2. June 2006: 5). Dengan berdirinya MCA, semakin ramai orang Cina tidak dikirim balik ke negeri asal mereka di China.
Inilah bentuk kontrak politik yang dikatakan telah berhasil menyatukan kaum Melayu-Cina ketika itu. Orang Melayu berpegang kepada prinsip “more power more say“, manakala orang Cina dengan budaya “more money more say“. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, sangat optimis dengan formula ini dan pernah menyatakan kata-kata yang sama, let Malay handle the power, the Chinese take care of the business (Comber, 2007). Tunku juga merasakan formula ini akan membawa kejayaan kepada Tanah Melayu dan ia perlu dipertahankan.
Pernyataan ini turut diakui oleh Comber (2007: xxii) yang memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 yang menyebut bahawa “Orang- orang Melayu telah memperolehi kekuasaan politik untuk diri mereka sendiri. Orang- orang Cina dan India telah memenangi kekuasaan ekonomi.”
Namun, yang terjadi adalah sebaliknya. ‘Formula’ Tunku ini semakin meretakkan hubungan baik antara Cina-Melayu kerana orang Cina tidak mahu mematuhi perkara yang telah disetujui itu. Orang-orang Cina lebih terpengaruh dengan kampanye Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh PAP sebelum itu yaitu konsep sama rasa dan sama rata. Setelah ekonomi dikuasai, PAP juga menginginkan jabatan tertinggi negara turut dibuka kepada mereka, termasuk jabatan Perdana Menteri.
Kebaikan
‘Formula’ Tunku ini ditentang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Dr. Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap Tunku Abdul Rahman dengan melabelkan Tunku sebagai Chinese lover. Penguasaan ekonomi dan politik mengikut garis etnis ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kedua belah pihak, malah akan merumitkan lagi keadaan pada masa akan datang.
Hari ini, apa yang nyata, formula ini tidak bisa dipakai lagi. Keadaan sudah jauh berubah dan berbeda. Menurut Lee Boon Kok (wawancara, 8 Januari 2007), kata-kata biarlah orang Melayu memegang kekuasaan politik dan orang Cina memegang kekuasaan ekonomi sudah tidak relevan lagi.
Orang Cina ingin lebih daripada itu. Mereka bukan hanya mau kekuasaan ekonomi, tetapi juga kekuasaan politik. Dengan adanya kekuasaan politik, barulah kegiatan ekonomi boleh berkembang dan berjalan dengan lancar.
Orang Cina tidak akan berhenti menuntut dan mendesak selagi tidak wujud konsep sama rata dan sama rasa. Melalui sistem perkongsian kuasa dengan dalam Barisan Nasional (BN), kuasa juga mereka telah perolehi, tetapi mereka terus meminta lebih kuasa.
DAP terus membangkitkan bahwa jabatan Menteri Kewangan, malah jabatan Perdana Menteri dan Wakil Perdana Menteri, perlu dibuka kepada orang Cina. Begitu juga desakan jabatan-jabatan tinggi dalam kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam (universitas) dan sektor perkhidmatan awam.
Orang Cina terus mendesak agar jabatan-jabatan ini diberikan kepada mereka. Pendek kata, apa yang dirasakan oleh orang Melayu, mesti juga dirasakan oleh orang Cina.
Inilah sifat kiasu atau mahu sentiasa menang yang mula bersarang pada generasi hari ini. Sifat kiasu ini adalah baik jika digunakan pada tempat yang betul. Tetapi dalam konteks yang berlaku masa kini, sifat ini berlaku dalam keadaan yang amat menakutkan. Sekedar mempunyai kekuasaan ekonomi tidak cukup, ia mesti disertai dengan kekuasaan politik, barulah boleh mendapatkan segala-galanya.
Saya tidak mengingkari sumbangan orang Cina terhadap perkembangan ekonomi negara kita. Tanpa orang Cina, Malaysia tidak seperti adanya pada hari ini. Jika dicabut semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur sahaja, kita dapat lihat bagaimana mengerikan wajah Kuala Lumpur seolah-olah seperti berada pada zaman pra-merdeka.
Saya pikir semua orang mengakui bahawa orang Cina telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi negara ini.
Namun, apa yang saya persoalkan adalah yang melampaui batas seperti kaduk naik junjung atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lihatlah realitas sejarah dan keadaan Malaysia yang sebenarnya.
Kita perlu ingat, keadaan di AS berlainan dengan keadaan kita. Begitulah juga dengan sejarahnya. Malaysia bukan AS dan AS bukan Malaysia. Mengambil contoh AS, adalah pemikiran ultra kiasu yang bahaya dalam politik di Malaysia. Inilah akibatnya apabila masih ramai warganegara buta sejarah, seperti yang disebut oleh Lian Hoe.
Lian Hoe yang tampil mempertahankan diri, mengatakan bahawa mereka yang mempolitikkan ucapannya sebagai buta sejarah dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.
Selaku seorang peneliti, saya terus mencari biodata Lian Hoe untuk melihat kepakaran bidang beliau. Setelah diselidiki maka barulah saya tahu bahawa beliau memiliki ijazah bahasa Melayu dari Universiti Malaya, dan pernah menjadi guru dan penolong kanan (senior) sekolah sebelum secara aktif terjun ke politik. Ini berarti beliau bukanlah pakar bidang sejarah.
Sejarah
Seorang pakar adalah mereka yang mengkhusus dalam bidang diceburi dengan mendapat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Apalagi bidang antara bahasa Melayu dan sejarah agak jauh berbeda. Trend buta sejarah atau sengaja membutakan sejarah mula berleluasa dalam masyarakat bukan Melayu hari ini. Dunia sudah terbalik. Golongan pakar bercakap sesuatu di luar kepakarannya. Manakala yang pakar tidak bercakap tentang kepakarannya. Ini yang disebutkan sebagai pakar atau profesor kangkung. Budaya merujuk pakar sudah tidak berlaku lagi.
Hari ini, semua orang mahu mendapatkan keuntungan politik dan menjadi jago, maka bercakaplah mereka walaupun keluar ari bidang mereka. Dengan harapan, mudah-mudahan apa yang dikeluarkan itu dapat menambah suara dan terus memegang kuasa.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila ia disokong oleh sistem pendidikan etnis yang tidak banyak membantu membukakan mata mereka yang buta sejarah.
Apa yang wujud adalah, yang buta sejarah terus menjadi buta. Manakala yang tidak buta, buat-buat buta, sehingga menjadikan kenyataan-kenyataan yang dihamburkan amat pahit untuk diterima oleh mereka yang faham sejarah. Apatah lagi dalam kes Lian Hoe (Gerakan), Low Tiong Lai (MCA) dan Lim Kit Siang (DAP), yang saya fikir sengaja membutakan sejarah.
Semua ini berlaku disebabkan kita gagal melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasional yang tinggi. Apa yang ada hari ini ialah rakyat yang mempunyai semangat etnis yang amat menebal. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan etnis yang terus- menerus [1] dibiarkan terasing dari arus utama.
Secara umumnya, terdapat dua jenis kelompok bukan Melayu di negara ini berdasarkan pendidikan etnis.
Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kelompok orang Cina saja yang mewakili 26% dari seluruh penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku mayoritas kedua terbesar.
Kelompok pertama orang Cina, mewakili 85-90%, berlatar belakang etnis Cina, berpegang kepada tiga rukun, yaitu menyertai oraganisasi-organisasi Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahwa hanya sekolah Cina saja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.
Kelompok ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan sendiri.
Sedangkan selebihnya mewakili kelompok kedua, 10-15%, adalah kelompok yang mendapat pendidikan Inggeris dan tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan beragama Kristian, Cina campuran dan menyertai Lions dan Rotary. Kelompok kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan lingkungan Melayu, dibandingkan mayoritas kelompok satu yang hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.
Melalui penelitian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan kelompok satu sama sekali tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apalagi bergaul dengan mereka. Pendek kata mayoritas hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.
Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam semua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.
Akibatnya, kita hanya berhasil melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong etnis, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengetepikan kepentingan nasional.
Tidakkah sepatutnya dalam sebuah negara multi etnis, kepentingan nasional harus diletakkan di depan dibandingkan dengan kepentingan etnik?
Ridhuan Tee tegur kaum Cina kiasu tidak fikir kepentingan Nasional
Utusan Malaysia Nov 17hb, 2008
Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
[1] Di Malaysia ada tiga jenis sekolah: Sekolah Kebangsaan (Bahasa Melayu), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Bahasa Mandarin) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Bahasa Tamil)
Popularity: 4% [?]









Ingat,, orang cina, india pernah mempertikaikan hak keistimewaan org melayu. Jika apa yg dipertikaikan nya diterima,, dengan hak istimewa org melayu itu dicabut. Maka , adalah tidak salah/berhak/masuk akal utk kami org melayu, untuk mencabut hak ke-rakyat-tan nya di Malaysia. Dengan itu, pulang lah /berambuslah mereka ke negeri masing2.Itu pun kalau negara asal mereka mahu menerimnya semula.
Leave your response!